Ringkasan tentang Isabella Lucy Bird (1831 - 1904)

Isabella Bird ialah seorang pengembara dan penulis British abad ke-19 yang terkenal dengan catatan perjalanannya ke Tanah Melayu, Amerika Syarikat, Jepun, China, Korea, Australia, India, Parsi (Iran), Tibet pada tahun 1883. Dalam bukunya The Golden Chersonese and the Way Thither, beliau menggambarkan masyarakat Melayu sebagai lembut dan tenang tetapi menilai mereka “malas”.
Isabella Bird seorang wanita Inggeris yang datang mengembara sambil menulis buku kat Tanah Melayu dulu. Tetapi pandangannya tentang orang Melayu agak “subjektif” sebab dia cuma tulis ikut apa yang dia nampak sendiri, bukan buat kajian betul-betul macam orang sains atau ahli sejarah moden.
Semasa itu, orang Eropah selalu tengok masyarakat Timur ni guna cara fikir kolonial maksudnya, kalau tak kerja kilang, tak meniaga besar, atau tak bina industri, terus dikira malas. Padahal orang Melayu masa tu hidup cukup sederhana je tanam padi, tangkap ikan, meniaga sikit-sikit, tapi hidup aman dan cukup makan.
Ekonomi pun masa tu belum masuk zaman industri lagi, jadi ukuran “rajin” dia lain. Sebenarnya, tulisan Isabella Bird tu lebih kepada catatan pengembaraan, bukan kajian saintifik. Jadi pandangannya lebih kepada pendapat peribadi, bukannya fakta yang betul-betul tepat.
Rujukan lain: